Wednesday, January 27, 2010

Penagihan Dadah Menurut Prespektif Pelbagai Agama

Pandangan Menurut Agama Islam

Dalam Al-Ouran istilah 'khamar' adalah digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan akal fikiran. Dadah boleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis 'khamar' kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan ketagihan, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:



"Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram". -  Hadis riwayat Bukhari dan Muslim



Pandangan Menurut Agama Buddha


"Pemabuk dan penagih dadah hilang harga diri, daya pertimbangan, akal dan penghancuran diri dari segi jasmani dan rohani." - Anenttava Nikaya


"Mereka yang biasa dengan dadah hilang muarah dan ketakutan mereka dan didorong menghancurkan keamanan dan kebahagian orang lain." - Samyutta Nikaya


Kata-kata di atas menunjukkan pendirian agama Buddha bahawa penyalahgunaan dadah merosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.


Pandangan Menurut Agama Hindu

Sebuah Buku Tamil (Kural) menyebutkan bahawa :


"Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati".

Dharma Hindu mengatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah, berbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira "adharmic" di mana balasannya adalah penderitaan. Oleh kerena itu penggunaan dadah juga dianggap sebagai "adharmic".




 
Pandangan Menurut Agama Kristian

"Tuhan telah menjemput kita untuk membentuk masyarakat yang adil dan kasih. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangkan potensi kita sepenuh mungkin dan kerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. Pilihlah hidup, supaya kamu dan keturunan kamu akan hidup" - Deut.30:19

No comments: