Showing posts with label Pengenalan tentang dadah. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan tentang dadah. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Alkohol



Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. alkohol juge bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan perlbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

Cara Menggunakan : Minum
Nama Jalanan : Pelbagai jenis "Bir", "wine" dan minuman keras lain.


Sunday, July 17, 2011

Halusinogen


Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara- negara barat.

Monday, June 27, 2011

Hashish


Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% - 12%
Cara Menggunakan : Menghisap

Sunday, February 27, 2011

Methamphetamine


Methamphetamine

"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")
Nama Jalanan : "Ice"

Sunday, February 13, 2011

Kodein


Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk


Tuesday, January 25, 2011

Candu


Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara. 


Friday, April 16, 2010

Ketum



Ketum

Pengenalan
  •  Nama saintifik Pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth

  • Pokok Ketum

    • Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning yang kecil

    • 2 jenis dedaun tetulang daun berwarna merah dan yang lain berwarna putih
      ( mempunyai kesan khayal yang lebih kuat )

    Nama Jalana

    Malaysia : Daun ketum, Biak
    Thailand: Kratom, Ithang, Kakuan, Thorn

    Kesan Farmakologi
    • Bertindak dalam masa 5-10 minit setelah mengambilnya dan tahan selama 6 jam

    • Mnindas sistem saraf pusat

    • Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil 

    Kesan Penyalahgunaan Daun Ketum
    • Tidak bermotivasi 
    • Bosan dan Malas
    • Merasa gatal atau berpeluh
    • Anak mata menjadi sempit
    • Merasa loya
    • Mulut menjadi kering
    • Kerap kencing
    • Sembelit
    • Insomnia ( payah tidur )
    • Gila


     Gejala Ketagihan Daun Ketum
    • Hidung dan mata berair
    • Sakit pada otot dan tulang
    • Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
    • Tingkah laku agresif
    • Mudah marah


    Rawatan

    Rujuk kepada Pegawai Antidadah di Pejabat AADK berhampiran tempat anda untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta khidmat nasihat.




    Perundangan


    Akta / Seksyen - Akta Racun 1952 [ SEK.30 ( 5 ) ]
    Kesalahan / Jenis Dadah - Pemilikan daun Ketum, pemprosesan atau jualan
    Hukuman - Didenda sehingga RM10000 dan / atau penjara selama 4 tahun



    Wednesday, January 27, 2010

    Inhalan

    Inharan

    Pengenalan

    • Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap.
    • Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (volatile) dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda. 

    Kumpulan Inhalan
    • Pelarut / Cecair ( cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam, dakwat pen )
    • Bahan Gas ( pemetik api, gas peti sejuk, kloroform, hagloten, nitrous oksida )
    • Aerosol ( pemetik api, pewangi, penyembur rambut, penyembur pelindung fabrik )
    • Bahan Nitrit ( climax, poppers, rush, locker room )

    Kesan Penyalahgunaan Inhalan

    a) Kesan Serta-Merta
          1) Rasa mual dan pening
          2) Nafas tidak sekata
          3) Emosi tidak stabil
          4) Fizikal tidak seimbang serta
              tidak mampu berdiri
          5) Kehilangan deria sakit


        b) Kesan Jangka Panjang
        • Kerosakan sel-sel otak ( hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan )
        • Kerosakan organ utama badan ( paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang )
        • Oksigen darah berkurangan
        • Gangguan penglihatan, buta
        • Menghidu inhalan berkepekatan tinggi boleh mengakibatkan kegagalan jantung dan kematian mengejut.

        Mengenali Penagihan Inhalan
        • Bau nafas yang pelik atau bahan kimia pada pakaian 
        • Pertuturan kurang jelas
        • Penampilan seperti orang mabuk atau pening
        • Kesan cat atau bahan seumpamanya di muka, tangan atau pakaian
        • Mata berair, merah, berkaca dan hidung berair
        • Bintik merah di kulit

        Rawatan
        • Tiada penawar spesifik atau teknik yang boleh mengeluarkan bahan pelarut dari badan dan boleh mengubati penyalahgunaan dan pergantungan inhalan.
        • Rawatan yang biasa diberikan adalah sesi bimbingan dan kaunseling.

        Penagihan Dadah Menurut Prespektif Pelbagai Agama

        Pandangan Menurut Agama Islam

        Dalam Al-Ouran istilah 'khamar' adalah digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan akal fikiran. Dadah boleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis 'khamar' kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan ketagihan, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:



        "Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram". -  Hadis riwayat Bukhari dan Muslim



        Pandangan Menurut Agama Buddha


        "Pemabuk dan penagih dadah hilang harga diri, daya pertimbangan, akal dan penghancuran diri dari segi jasmani dan rohani." - Anenttava Nikaya


        "Mereka yang biasa dengan dadah hilang muarah dan ketakutan mereka dan didorong menghancurkan keamanan dan kebahagian orang lain." - Samyutta Nikaya


        Kata-kata di atas menunjukkan pendirian agama Buddha bahawa penyalahgunaan dadah merosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.


        Pandangan Menurut Agama Hindu

        Sebuah Buku Tamil (Kural) menyebutkan bahawa :


        "Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati".

        Dharma Hindu mengatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah, berbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira "adharmic" di mana balasannya adalah penderitaan. Oleh kerena itu penggunaan dadah juga dianggap sebagai "adharmic".




         
        Pandangan Menurut Agama Kristian

        "Tuhan telah menjemput kita untuk membentuk masyarakat yang adil dan kasih. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangkan potensi kita sepenuh mungkin dan kerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. Pilihlah hidup, supaya kamu dan keturunan kamu akan hidup" - Deut.30:19

        Tuesday, January 26, 2010

        APA ITU DADAH? 什么是毒品?


        APA ITU DADAH? 什么是毒品?


        "DADAH ialah bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

        毒品是对人体神经系统起刺激性的物品,如:造成醉熏、迷幻、上瘾、不当行为等状态。持续性地滥用毒品将造成对自身家庭、社会及国家的伤害。





        Ciri-ciri dadah : 毒品的特征:

        • Kesan ke atas sistem saraf pusat ( otak dan saraf tunjang )
          影响大脑及中央神经系统
        • Pergantungan fizikal dan psikologikal
          造成心理及身理上的依赖
        • Kesan-kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial
          对自身的健康及社会责任造成伤害
        • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan
          非医药用途的运用