Thursday, September 8, 2011

Carta Organisasi PPDa 2011


Carta Organisasi Bilik Sumber 
Pendidikan Pencegahan Dadah 
SJKC KARAK 2011

Tuesday, August 16, 2011

Alkohol



Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. alkohol juge bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan perlbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

Cara Menggunakan : Minum
Nama Jalanan : Pelbagai jenis "Bir", "wine" dan minuman keras lain.


Sunday, July 17, 2011

Halusinogen


Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara- negara barat.

Monday, June 27, 2011

Hashish


Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% - 12%
Cara Menggunakan : Menghisap