Ketum
Pengenalan
- Nama saintifik Pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth
- Pokok Ketum
- Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning yang kecil
- 2 jenis dedaun tetulang daun berwarna merah dan yang lain berwarna putih
( mempunyai kesan khayal yang lebih kuat )
Nama Jalana
Malaysia : Daun ketum, Biak
Thailand: Kratom, Ithang, Kakuan, Thorn
Kesan Farmakologi
- Bertindak dalam masa 5-10 minit setelah mengambilnya dan tahan selama 6 jam
- Mnindas sistem saraf pusat
- Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil
Kesan Penyalahgunaan Daun Ketum
- Tidak bermotivasi
- Bosan dan Malas
- Merasa gatal atau berpeluh
- Anak mata menjadi sempit
- Merasa loya
- Mulut menjadi kering
- Kerap kencing
- Sembelit
- Insomnia ( payah tidur )
- Gila
Gejala Ketagihan Daun Ketum
- Hidung dan mata berair
- Sakit pada otot dan tulang
- Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
- Tingkah laku agresif
- Mudah marah
Rawatan
Rujuk kepada Pegawai Antidadah di Pejabat AADK berhampiran tempat anda untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta khidmat nasihat.
Perundangan
Akta / Seksyen - Akta Racun 1952 [ SEK.30 ( 5 ) ]
Kesalahan / Jenis Dadah - Pemilikan daun Ketum, pemprosesan atau jualan
Hukuman - Didenda sehingga RM10000 dan / atau penjara selama 4 tahun